Selasa, 21 Februari 2023

Bagaimana kita menghantar mesej WhatsApp ke pada nombor telefon kita sendiri?



 

 

Aplikasi WhatsApp memperkenalkan satu features terbaru iaitu kita boleh menghantar mesej kepada nombor kita sendiri. Tujuan utama ialah untuk menyimpan nota, link, resepi atau apa-apa maklumat yang kita rasakan penting untuk kemudahan kita untuk merujuk kembali di masa depan. Kalau dulu kita terpaksa kita forwardkan kepada pasangan atau rakan kita untuk rujukan sehingga mereka terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa yang kita sent kepada mereka. Untuk apa mesej ni...(^_^)

Bagaimanakah caranya :-

  1. Mula-mula buka apps WhatsApp. Pastikan anda berada dalam tab Chats
  2. Kemudian, klik new chat icon yang berada disebelah bawah sebelah kanan.
  3. Pada list of contact kat bahagian teratas, cari nombor telefon anda.

            cth :-  +012-3456789 (You) 

                  4.  Pilih yang ditulis You tu. Tu la tempat kita nak simpan apa-apa pun lepas ni.     

           5.  Mulakan perbualan. Tulis la Hi! ke..

           6.  Jadi lepas ni, klu nak forward nota terus la sent ke nombor tu sebab anda dah 

                buka dah dengan diri anda sendiri.    

      Tapi sebelum tu, sila update aplikasi WhatsApp anda.

Faham, tak..

Kalau tak faham tengok video ni... 👇👇👇 



 


Selasa, 12 Mei 2020

Poster Anda Menentang Covid-19

Sempena PKP dan kini dikenali PKPB sedang berlangsung. Kebanyakan sekolah menyuruh guru-guru mengadakan kelas pembelajaran maya kepada murid-murid sekolah untuk mengelakkan murid-murid tersebut tercicir jauh sebab sekolah tidak dibuka.

So, untuk sedikit kelainan saya telah menyuruh murid-murid saya untuk membuat satu poster tentang anda menentang Covid-19. Idea ini sebenarnya datang daripada isteri saya sebab saya dah buntu dok fikir nak bagi latihan apa. Sebelum2 ni, saya bagi latihan menggunakan google form. Terima kasih la kerana menyumbangkan idea.

Nampaknya, ada feedback yang memberangsangkan daripada murid tahun 4. Ada yang pandai melukis sebenarnya sebab ada yang cantik. Sebenarnya saya akan pilih 3 yang terbaik (cantik dan kena tema) untuk bagi hadiah.

Jadi, sesiapa yang belum siap lagi, sila la hantar (PM) kepada saya untuk saya menilai. Sebenarnya ini juga merupakan satu kerja rumah.

Ingat terbuka untuk murid tahun 4 sksm sahaja...
Murid tahun lain you are not eligible...huhuhu

Dibawah ni antara yang tercantik...




















Rabu, 29 April 2020

Tutorial Photoshop Bahasa Melayu

 Assalamulaikum,

Hari ni saya nak share satu buku tutorial photoshop dalam simpanan saya. Benda lama tapi boleh digunakan sebagai rujukan. Kalau nak anda boleh download di link kat bawah ni...


 tutorialphotoshopBM


Sabtu, 20 Oktober 2018

Kehadiran Insan Baru!!!

Setelah hampir 7 tahun menunggu, akhirnya hadir jua anak yang kedua. Kehadiran yang ditunggu-tunggu. Paling tak sabar tentulah kakaknya. Tanggal 18 Oktober 2018 lahirlah anak kedua kami. Seorang bayi perempuan. Sama seperti kakaknya. Semoga anak-anak kami dan anak-anak anda yang membaca juga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin...


Selasa, 8 Ogos 2017

Ular Terbesar Di Dunia!!!





Ramai orang salah sangka bahawa ular terbesar di dunia adalah Anaconda. Namun, ternyata pemegang rekod ular terbesar di dunia saat ini dipegang oleh ular Titanoboa (Boa Titan). Salah satu reptilia purba yang hidup sekitar 50-60 juta tahun yang lalu ini hidup sezaman dengan Dinosaurus. Ular Titanoboa memiliki panjang sekitar 14 meter dengan berat tubuh lebih dari 1000 kilogram. Diameternya saja sebesar 2 kali pinggul orang dewasa. Habitat alaminya dikatakan berada di sekitar Colombia bahagian utara, tempat fosilnya pertama kali di temukan oleh Tim Ilmuwan International pada tahun 2009 lalu di daerah Cerrejon, Colombia.

(sumber : ilmusiana.com dan cari.com.my)

Isnin, 15 Ogos 2016

Khasiat Ajinomoto!!!


Ajinomoto

Siapa kata ajinomoto takde khasiat. Sebenarnya ada tapi hanya untuk pokok je la. Untuk manusia memang tiada. Jom kita tengok apa khasiatnya untuk pokok:-

1. Menyuburkan tanaman

Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur natrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan :

Daun yang lebih hijau
Daun tanaman yang lebat, dan
Tanaman menjadi lebih sehat

2. Mempercepat pertumbuhan tanaman

Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.

3. Mempercepat munculnya bunga

Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, kerana bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

4. Memenuhi keperluan nutrisi pada tanaman

Tidak hanya kita manusia dan haiwan, tanaman juga ternyata memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja-baja yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga baja yang sedikit mahal, sehingga membuat proses pemberian makanan atau pembajaan menjadi sedikit tergendala. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggantikan baja kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini  ke tanaman kesayangan anda agar mereka boleh tumbuh subur dan keperluan nutrisinya dipenuhi dengan baik.

5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati

Selasa, 2 Ogos 2016

Cara Kreatif Mengendali Wayar Yang Berselirat!!!

Wayar dirumah anda berselirat? Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni macam mana cara nak mengendali wayar yang berselirat :-










Nampak kemas dan cantik. Mudahkan!!! (^_^)